Kelas EASY English

26 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kem EASY Englis ini merupakan program yang telah kerap kali dianjurkan. Memandangkan permintaan yang mengalakkan daripada ibu bapa, program ini akan dianjurkan pada setiap bulan. Program EASY English di buka untuk murid darjah 1 hingga darjah 6. Program ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Bahasa Inggeris,selaras dengan perkembangan teknologi. Seramai lima orang peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, peserta dihadkan seramai lima orang peserta sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan iaitu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Pertama sekali pelajar diajar bagaimana untuk menaip perkataan menggunakan komputer.Setelah itu,pelajar dikehendaki menaip melalui aplikasi “fastfingers”(typing test) bagi menilai kecekapan pelajar menaip dalam Bahasa English.Melaui “typing test” pelajar dapat mengetahui kepantasan mereka dan masa yang diperlukan untuk menaip perkataan yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas